nuffnag

Tuesday 27 September 2011

Cetusan Pengenalan

Saya berasal dari Perak Darul Ridzuan. Pengalaman mengajar 14 tahun setelah belajar di Maktab Perguruan Persekutan Pulau Pinang(1995-1997). Sepanjang menjadi guru, saya kerap dan biasa mengajar murid Tahun 4. Bagi Tahun 2011 ini,sekali lagi saya diberi peluang yang amat saya sukai iaitu mengajar murid Tahun 4. Ini adalah kerana segala sukatan dengan subjek yang diajar terutama Matematik telah berada di ingatan saya sahaja. Jadi amat mudah saya mengetahui sekiranya sesuatu soalan atau kemahiran itu tidak menepati sukatan Tahun 4, juga mudah bagi saya untuk mengajar kerana sudah biasa dengan topik-topik dan kemahiranTahun 4. Saya mengajar subjek Matematik,Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni.
 Di samping itu saya juga menjadi Penyelaras Aliran Tahun 4. Tugas ini amat mencabar kerana pada saya,tugas utamanya ialah menjaga dan meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 4 . Oleh itu,untuk tahun ini, saya serta kerjasama semua guru-guru tahun 4 telah menjalankan beberapa program untuk murid-murid Tahun 4. Antaranya : Program Motivasi Diri, Program Teknik Menjawab dan yang terbaru Program Pecutan ‘A’.
Oleh kerana keputusan Ujian Setara 2 agak mengecewakan iaitu keputusan menurun sedikit berbanding dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, maka saya serta guru-guru tahun 4 mengadakan Program Pecutan ‘A’ dengan tujuan dan harapan adanya peningkatan prestasi murid pada Peperiksaan Akhir Tahun yang bermula 14 Oktober 2011-20 Oktober 2011.
Berikut adalah antara perkara berkaitan dengan program tersebut. Selain itu disertakan sekali gambar-gambar berkaitan program.